fb   |  Contact Us  |  Feedback  |  GEMS  |  Webmail   


Ministry of Industry and Primary Resources

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

22 Jun 2013_SKIM BANTUAN PERIKANAN MAJLIS PENGAGIHAN “COOL BOXES” KEPADA NELAYAN PENUH MASA DAERAH BRUNEI MUARA

Hari Sabtu, 13 Sya’aban 1434 bersamaan 22 Jun 2013

Satu majlis pengagihan ”cool boxes” kepada nelayan-nelayan penuh masa bagi Daerah Brunei Muara telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti PJDSMDSU (Dr) Haji Mohd Jamil Al-Sufri, Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama selaku Pengerusi Majlis, Yang Mulia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Yunos dan Yang Mulia Dayang Hajah Hasnah binti Ibrahim, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian di bawah Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Skim bantuan perikanan ini adalah bertujuan untuk membantu nelayan-nelayan tempatan untuk meningkatkan penghasilan mereka dengan menyediakan keperluan-keperluan asas untuk melicinkan operasi mereka. Pada hari ini, skim bantuan yang diberikan adalah berupa ‘cool boxes’ untuk kegunaan menyimpan ikan-ikan hasil tangkapan para nelayan untuk menjamin kualiti ikan hasil tangkapan mereka di mana pembeli akan merasa berpuas hati malah, sambutan pasaran juga akan lebih meningkat. Kualiti ikan yang baik adalah penarik perhatian pembeli dan ianya menjadi keutamaan pengguna (consumer). Atas bantuan ini sedikit sebanyak diharap akan dapat membantu dalam meningkatkan pendapatan serta bergiat aktif dan memudahkan mereka dalam perusahaan menangkap ikan dengan adanya alat penyimpanan ikan. Seramai kira-kira 400 orang nelayan penuh masa terdiri dari nelayan penuh masa persendirian dan bersyarikat yang berlesen dan berdaftar di Jabatan Perikanan bagi Daerah Brunei Muara, telah menerima skim bantuan perikanan pada hari tersebut.    

Terdahulu sebelum pengagihan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Pemangku Pengarah Perikanan Abdul Halidi bin Mohd Salleh telah berkesudian untuk menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para nelayan dengan menyentuh akan tujuan pemberian ”cool boxes” kepada nelayan penoh masa diadakan. Sejurus selepas itu, 2 sesi taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perikanan mengenai Kod Amalan Perikanan Yang Bertanggungjawab Dalam Penggunaan & Pemuliharaan Sumber Perikanan Yang Lestari dan Pengendalian Ikan Untuk Meningkatkan Kualiti Makanan Laut Menggunakan Container Berpenebat (Insulated Container). Taklimat-taklimat ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pendedahan akan perimustahaknya pengendalian ikan yang betul untuk menjamin kualiti ikan dan juga betapa pentingnya amalan menangkap ikan yang bertanggungjawab bagi menggelak dari pembaziran dan penangkapan anak-anak ikan yang masih kecil serta menghindari dari merosakkan sumber marin.   

Pengagihan “cool boxes” ini dihasratkan untuk dilaksanakan kepada semua nelayan-nelayan tempatan di keempat-empat daerah di Negara Brunei Darussalam pada masa akan datang.